Aku Punya Cinta, Kasih & Sayang Yang Banyak Buatmu.

cyelle
2 min readSep 13, 2023
dia yang ku cinta <3 — lee haechan of nct

Aku tidak pernah bosan untuk menyatakan ini semua kerana semua yang ku ingin katakan ini adalah fakta yang memang sebenar-benarnya fakta mengenai perasaanku kepadamu.

Aku sayang kamu sesayang-sayangnya,

Aku juga cinta kamu sedalam-dalamnya,

Aku turut mengasihi kamu sebesar-besarnya.

Menurutku kerana aku punya cinta, kasih dan sayang yang banyak untukmu dalam diriku.

Dari hari pertama berputiknya rasa cinta kepadamu di hati kecilku ini, rasanya setiap hari perasaan itu berkembang biak dengan jayanya, menyelubungi jiwaku.

Kata orang-orang, mencintai seseorang secara terang-terangan lama-lama bakal timbul rasa bosan dan muaknya juga, tapi kenapa ya rasanya kepadamu, setiap hari yang berlalu, masa yang berjalan, rasa cinta ini malah tumbuh dan menjalar sepanjang yang boleh menyelubungi jiwa dan hati diriku ini?

Apa mungkin kerana paras wajahmu yang sudah semestinya tampan kerana kamu seorang yang sangat rupawan?

Atau mungkin kerana senyuman yang selalu kau ukir di bibirmu begitu manis sekali seperti gula dalam aiskrim favoritku yang ingin sentiasa aku konsumi?

Apa kerana candunya tawa dan tuturmu, yang bikin aku ketagih?

Kadang aku fikir mungkin juga kerana perilakumu yang menurutku luar biasanya selalu menarik perhatianku kepadamu meski bagi mereka, tingkahmu biasa saja.

Namun, jawapannya singkat, padat, ringkas. Kehadirannmu dalam hidupku membawa berjuta-juta kebahagiaan, kesenangan dan kehangatan.

Aku punya rasa sedalam ini kepadamu kerana kamu dahulu yang percaya kepadaku untuk dibuat jatuh mendalam kepada kamu.

Aku mampu mencintai dirimu kerana kamu dahulu yang mencuba sedaya upaya menunjukkan bahawa kamu itu pantas dan layak untuk mendapatkan cinta tulus dari orang-orang sekitarmu.

Tidak salah nama panggilanmu matahari! Kamu selalu berdiri tinggi dan mencuba memancarkan cahaya ke seluruh bahagian gelap hidupku. Meski hidupku sering banyak mendung dan aku sering kehujanan, hangatnya dirimu selalu membuatku selesa.

Ya, itulah alasan aku nyaman mencintai dirimu.

Itulah garis besar kenapa aku punya rasa cinta, rasa sayang, rasa kasih yang mendalam terhadap dirimu.

Aku cuma ingin menyampaikan padamu, aku punya cinta, kasih dan sayang yang banyak, lebih dari cukup untuk kita berdua.

Jadi, jika kamu merasa tidak pantas untuk dicintai atau kamu merasa tidak mudah untuk mencintai dirimu sendiri, aku harap kamu tahu bahawa aku selalu punya cinta untuk kamu. Di dalam setiap nafas yang ku hembus, setiap kelipan mata yang kulakukan, setiap kata yang ku tulis, dan setiap doa malam untukmu yang ku selip,

ada cinta, kasih dan sayang, sentiasa hidup untukmu.

Kamu harus tahu betapa besarnya rasa-rasa itu tumbuh di dalam diriku, cukuplah untuk membahagiakan kamu dan aku, berdua.

Kalau dunia jahat sama kamu, aku harap, dengan apa cara yang boleh sekalipun, sekali sahaja, Tuhan berbaik hati padaku, untuk kirimkan hangatnya kasih sayang diriku kepadamu, agar kamu tahu, ada aku yang selalu akan sayang padamu.

For Lee Haechan.

written by C,

110923.

Sign up to discover human stories that deepen your understanding of the world.

Free

Distraction-free reading. No ads.

Organize your knowledge with lists and highlights.

Tell your story. Find your audience.

Membership

Read member-only stories

Support writers you read most

Earn money for your writing

Listen to audio narrations

Read offline with the Medium app

cyelle
cyelle

Written by cyelle

writing purely for my own enjoyment. she/her.

No responses yet

Write a response